DOING WHAT YOU LIKE IS FREEDOM..LIKING WHAT YOU DO IS HAPPINESS

Ahad, 11 Disember 2011

♥♥gerhana bulan♥♥

Assalamualaikum..hari ni 12 Disember 2011 bersamaan dengan 15 Muharam 1433 H bulan islam..Hari ni tentu ramai yang tahu, pada malam ni pada pukul 8 malam dan keatas berlakunya gerhana bulan. Tak sabar rasanya nk melihat keindahan ciptaan ALLAH. Semalam petang duk tgk Al-Kuliyyah tajuknya pon mengenai gerhana bulan.Ustaz tu duk cerita macam mana terjadinya gerhana bulan, apakah ibadah yang perlu dilakukan n banyak lagi la. Ape-ape pun tunggu dan lihat malam ni la.Sebenarnya gerhana bulan berlaku apabila kedudukan matahari, bumi dan bulan berada dalam keadaan selari atau lurus.



Inilah kebesaran Allah yang perlu kita fikirkan dan hayati sesungguhnya apa yang berlaku dan terjadi ada hikmahnya.Subhanallah.

Sesungguhnya matahari dan bulan adalah tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan matinya seseorang atau disebabkan lahirnya. Tetapi kedua-duanya merupakan dua tanda dari tanda-tanda kebesaran Allah menakutkan hamba-hambanya. Apabila engkau melihat perkara tersebut hendaklah engkau solat dan berdoa sehingga gerhana itu hilang pada padangan“. (HR. Bukhari dari Abi Barkah).

Apa yang perlu dilaksanakan adalah solat sunat gerhana bulan atau dalam bahasa arab solat sunat khusuf. Lafaz niat bagi solat sunat gerhana bulan adalah :

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
 Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala



i.  Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ia adalah yang sekurang-kurangnya. Yang akmalnya dilakukan dengan dua kali ruku’ dan 2 kali qiyam, pada tiap-tiap satu rakaat dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

ii. Yang terlebih akmal ialah dengan 2 rakaat, dengan 2 ruku dan qiyam bagi  tiap-tiap satu rakaat dengan dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

apa-apa pun..hayatilah kebesaran ALLAH dengan penuh ketaqwaan..Insyaallah..